Tuesday, November 10, 2009

PENILAIAN AUTENTIK

Pentaksiran Autentik

- Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

- Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

- Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

- Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based

Autentik

- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna

- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Penilaian Alternatif

- Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan

- Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh

- Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan

- Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran

- Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain

- Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai

Monday, November 9, 2009

menghitung hari...



exAm...........................
susah saja hati bila exaM...bilala akan berakhirnya exAm dalam keHidupan..huhu...kepada seMUa PISMP IPGM AMBILAN JAN 07 semOga berjaya hendahnya... hahahah....khamis ini ada exam psv3111...lala~


Tuesday, October 27, 2009

TAMU BESAR KOTA BELUD



pertama kali pergi kota belud terus singgah ke tamu besar yang diadakan pada minggu lepas..best..sebab banyak benda yang dapat dilihat...diteroka dan juga untuk dialami..rugi sapa yang tidak mengambil peluang keemasan seperti ini..Tamu Besar Kota Belud yang telah dijalankan pada 24-25 oktober banyak memberikan pendedahan kepada pelawat tentang perihal Kota Belud dan juga Info Penting Kerajaan, Swasta dan banyak lagi.. Kalo tidak silap ada pihak Maggi sama nescafe di tapak Tamu Besar tu...hahaha..pa lagi p ambi minuman piree bha..jimat duit minum..di sana juga ada banyak perkara seperti pertandingan hasil buah-buahan tempatan...pertandingan kucing, pertandingan ratu cantik (paling best sebab memakai kostum bajau), dan menjual pelbagai hasil tempatan..berselera bila terpandang makanan yang enak dan lazat hahaha...
huhu..makanan...
ramai betul manusia p sini...sapa yang tidak pigi memang rugie..hehee

Antara barangan tempatan yang sangat bermutu..mempunyai nilai kesenian yang direka khas sempena Tamu Besar Kota Belud.. Sarung Parang siap d ukir dengan penuh kelembutan dan bilah parang pula diukir dengan penuh cermat untuk meninggalkan kesan ukiran yang sangat kreatif..sapa terlepas peluang masih boleh mendapatkan parang seumpama ini dijual pada hujung minggu di tamu biasa...

pertandingan ratu cantik...payah banar mau ambil gambar ni..batah betul..banyak orang tgk..penuh sesak ni...saya pun dapat ambil gambar dari jauh jak..itu pun nasib baik ada K800i yang terchienta ini hehe...pemenang dia peserta yang bernombor 8703.....ntah tdk ingat...tapi memang ada umph la...

Pertandingan Hasil-hasil Pertanian Kota Belud...mantap sentap rentap!!! semua memang best..ada nangka ka cempedak tu..punyala besar tahap gila-gila..kalau dapat makan free huhu sedap...oleh itu BELILAH DAN MAKANLAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN..tak rugi..banyak khasiatnya.. betul tak???


akhir sekali sebelum meninggalkan Tamu Besar sempat juga rakan saya membeli sebilah parang yang sangat menarik sebagai kenang-kenangan untuk dibawah balik ke kampung halaman buat hari raya korban nanti...Semoga saya berkesempatan lagi ke tamu seperti ini... Malaysia Truly Asia...

Monday, October 26, 2009

MALASNYA...

alamak ada pulak yang tak puas hati..ni yang membuatkan diri ini seolah-olah lemah tak berdaya ni..pantang di tegur terus over,,huhu..tapi ada mistake juga yang telah saya lakukan..tapi apa blh buat dah berlaku..semoga Allah melembutkan hati-hati mereka yang tak berpuas hati atas my speech tadi seperti mana Nabi Daud melembutkan besi di tangannya.. ada juga la rasa menyesal..tapi saya berharap mereka yang tak puas hati tu akan faham apa yang cuba saya sampaikan..jam menunjukkan jam 0245am..tapi masih belum tidor lagi ni..Ya Allah...ampuni dosaku..semoga selepas ini semua akan berjalan seperti biasa..never think situasi macam ni boleh berlaku...pengajaran buat diri ku..huhu..

Thursday, October 22, 2009

FRIDAY already..

aik jam sudah 0126am..masih lagi sa bulum tidur..astaga..padahal bisuk masih ada kelas..macam mana ni bulum buli modop..huhu..terdetik pula sa memblogging di pagi buta ni....apa yang mau ditaip ni? buat sot-sot jak ni..kemarin (padahal baru jak beberapa minit yang lepas) kuliah kejap jak..tapi best..inda tau kenapa..wireless d IP pun mantap juga..blast2 kami main FB..main football primeir..best gila!.. boleh eratkan silatrurrahim juga....


main main skype pun semua orang sudah nekedOp..main FB pun apa jak...huhu..bukan pandai sangat (padahal mau explor)..hehehe..sambil dengar lagu haziq (gurindam anak muda) suka betul sa ni lagu...hayati lirik berikut:-

Resah semakin resah
Jiwa tambah gelora
Senyum terkadang tidak
Nak ku lerai tidak terhurai

Di sana ku lihat wajahmu (2x)
Di sini wajah mu
Aku merindu

Diri mencari teman
Sahabat jauh sekali
Ingin sama dijulang
Genggam puncak impian

Restu mu yang ku harapkan (2x)
Doa mu budiman
Galas harapan

Chorus :
Ku lagukan untuk mu
Buat penawar rindu
Gurindam anak muda
Butiran kasih mesra
Maafkanlah seandainya
Kurang adat berbudaya
Maafkanlah
Diri mencari teman
Sahabat jauh sekali
Ingin sama dijulang
Genggam puncak impian
Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan

Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan

bestkan.....apa2 pun semoga hari ini akan memberikan yang terbaik diri ini, keluarga tercinta dan juga semua yang ku kenali..amin


Wednesday, October 21, 2009

nampaknya exam hampit tiba kembali...

selepas berhempas pulas mengharungi hari-hari kesibukan..akhirnya kini exam menanti sebelum cuti..banyak benda yang mau disetelkan lagi ni..huhu..fail-fail ni yang sangat banyak nak d buat..just yakin jak dapat siap juga tu..huhu..

karya ku teknik pointilism periuk kera
minggu yang sudah dapat juga saya siapkan amali seni 3112...huhu salah satu karya tambahan yang ada di atas tu....just snap pakai kamera handpone..tu yang tidak terang tu..
sekarang aktiviti d IP ni pun terlalu banyak..sekarang Bulan Bahasa Melayu sedang dijalankan..ada aktiviti yang dirancang..macam malas pula nak ikut huhu...penat otak...
okla..mcm dah letih mata ni...mau modop la dulu..huhu...

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan di IPGM Kampus Kent...kepada rakan-rakan di sekolah dulu...cikgu-cikgu, lecturer especially to all my psv lectrr dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini..
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada teman sekuliah..siapkan tugasan amali..dan juga tugasan yang lain..
semoga berjumpa kembali hehe~