Sunday, March 22, 2009 | By: Sabir Isrun Birun

GERKO OLAHRAGA: LOMPAT TINGGI

LOMPAT TINGGI / HIGH JUMP

Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang menggunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail. 

FASA LOMPATAN TINGGI 

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : 
a) Penujuan – larian menghala ke palang 
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan 
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. 
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. 

GAYA LOMPAT TINGGI 

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. 

a) Gaya gunting 
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.  
b) Gaya Timur 
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 
c) Gaya guling barat 
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. 
d) Gaya pelana 
Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. 
e) Gaya Fosbury Flop 
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya 
Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan 
membelakangkan palang.  


GAYA FOSBURY FLOP

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. 

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. 


1) Penujuan 
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. 

2) Lonjakan 
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang. 

Layangan 

Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan. 

Pendaratan 

Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat)

PERATURAN 182
Peraturan Lompat Tinggi 

PERTANDINGAN 
1. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan menggunakan sebelah kaki.
2. Seorang peserta gagal sekiranya:
i. Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat, atau
ii. Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah mencancang dan sama ada di luar atau di antara tiang mana-mana bahagian badannya, sebelum melepasi palang. Walaubagaimanapun, sewaktu melompat, jika seseorang itu menyentuh tempat mendarat dengan kakinya, pada hemat Hakim tidak akan memberi kelebihan kepadanya, maka atas sebab ini, lompatan tersebut tidaklah dianggap batal. 

LANDAS LARI DAN KAWASAN LONJAK
1. Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-petandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1(a), (b), (c), yang jarak minimumnya ialah 20m. Namun sekiranya keadaan mengizinkan, jarak minimum sepatutnya 25m. 
2. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak ditengah-tengah di antara tiang-tiang tegak yang berjejari minimum seperti tidak melebihi 1:250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.
3. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah peraturan 182.4 dan manual trek dan padang IAAF. (SILA RUJUK BUKU PERATURAN OLAHRAGA KOAM 2008-2009 M/S59)

ALAT 
Tiang 
1. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap.
2. Tiang-tiang tersebut mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10cm daripada paras sebenar palang dinaikkan.
3. Jarak di antara tiang ialah tidak kurang daripada 4m dan tidak melebihi 4.04m
4. Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 

Sangga Palang
1. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4cmx6cm. Sangga-sangga ini hendaklah menekap kukuh semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya menghadap ke dalam. Hujung palang akan terletak diatasnya sedemikian rupa supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang benda lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang, atau tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang.
2. Hendaklah ada ruang diantara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1cm

KAWASAN MENDARAT
1. Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5m x 3m. Bagi pertandingan-pertandingan yang mengikut peraturan 1, disarankan bahawa kawasan mendarat tidak kecil dari 6m x 4m x 0.7m


rujukan:

http://ms.shvoong.com/books/guidance/1742564-lompat-tinggi/

Buku Peraturan Olahraga

0 comments: