Wednesday, November 11, 2009 | By: Sabir Isrun Birun

PENILAIAN AUTENTIK

Pentaksiran Autentik

- Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

- Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

- Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

- Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based

Autentik

- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna

- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Penilaian Alternatif

- Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan

- Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh

- Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan

- Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran

- Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain

- Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai

0 comments: