Akhirnya Kem Motivasi yang telah dijalankan sejak 29 Jun 2011sehingga 30 Jun 2011 melabuhkan tirai dengan jayanya. Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PIBG sekolah En. Manuar.
Sepanjang kem ini, banyak juga tips yang berguna telah didedahkan kepada para pelajar untuk lebih maju di dalam akademik, sahsiah dan yang penting rohaniah. Tips-tips seumpamanya jika diaplikasi dengan betul dan bersungguh akan membuahkan hasil pendapatan yang agak lumayan. bertuah sungguh pelajar hari ini.
Buat rakan sekerja..tahniah atas usaha murni anda kerana begitu gigih menjalankan tugas meskipun bahang mentari sangat mengugat kesungguhan dalam menjayakan objektif Kem Motivasi. Bertuahnya saya dapat rakan sekerja yang rajin-rajin belaka. Saya berdoa agar saya pun akan menjadi serajin mereka nanti.
Sewaktu aktiviti riadah, Kak Zan telah memperkenalkan permainan kapal terbang impian yang mana murid akan menuliskan harapan dan impian mereka di atas kertas tersebut. Kemudian melipat kertas A4 tadi menjadi kapal terbang kertas. Banyak ragam dan kerenah para peserta yang dapat kita lihat. Kesungguhan yang mereka pamerkan begitu menyeronokkan. Seterusnya Cikgu Jai pula memperkenalkan satu lagi permainan yang melibatkan tali. Tali tadi diikat pada tangan setiap peserta secara berpasangan. Susah juga permainan ni. Hanya insan yang dapat berfikir secara matap sajalah yang dapat bermain permainan ini. Gelagat para peserta bagi game ini sangat lucu. hehe...
peserta sedang cuba untuk meleraikan ikatan tanpa membuka sebarang ikatan dari tangan.
kapal terbang siapa paling pergi jauh untuk mencapai impian....fuuh..terbang!!!!
Saya masih teringat pada satu ketika..waktu itu slot penutupan...Guru Besar memberikan kata-kata aluan kepada semua audien. Apabila beliau menyoal semua peserta kem motivasi tentang apakah itu 3B (bimbingan belajar berkesan) tiba-tiba seorang murid menjawab seperti ini:
GB: Apakah yang dimaksudkan dengan 3B?
Ketua Kem: Belajar...
Salah Seorang Peserta: Batuk!(dengan suara yang yakin dan pantas)
audien semuanya tergelak dengan jawapan yang diberikan. Saya sendiri tergelak sehingga terkenang ke saat ini. memang seronok.

0 comments:
Post a Comment